setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran adalah antara ciri - ciri masyarakat yang
berkualiti. Semangat kejiranan bukan sahaja dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan aman, bahkan mampu menjadi aset paling penting kepada negara.
Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang berlaku
pada diri kita diketahui dahulu oleh jiran.. Oleh itu , jiran merupakan orang yang paling mudah memberi pertolongan pada saat kita ditimpa bencana. Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padau mampu
menjamin keselamatan setempat sementara itu juga dapat mengurangkan kes jenayah.
Selain itu, semangat kerjasama dan keprihatinan sesama jiran juga amat penting. Contohnya, apabila kita mempunyai masalah , kita boleh meminta bantuan daripada jiran untuk menjaga anak - anak kita. Bukan itu sahaja , Ia juga dapat memastikan keselamatan anak-anak kita terjamin . Apabila jiran menghadapi masalah kesihatan atau berlakunya kecelakaan , kita boleh membantu jiran mendapatkan rawatan.
Seterusnya , Perpaduan antara masyarakat juga amat penting . Tanpa perpaduan , negara akan berada dalam keadaan kucar - kacir dan masyarakat tidak dapat hidup dalam keaadan yang aman dan damai . Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran. Sekiranya perpaduan ini diabaikan, maka lambat laun akan tercetusnya bibit - bibit permusuhan yang akhirnya membwa kepada perbalahan dan perpecahan.
Kesimpulannya , jelaslah kepada kita betapa pentingnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraann sesebuah negara . Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang .
239 Patah Perkataan.
semangag kejiranan perlu dipupuk sepanjang masa.
ReplyDelete